#QaaLynFiqMal_EscapeUtagha Part 1

Yes the hashtag. Boleh bukak insta and search this hashtag. Last post aku dah cerita kan pasal the idea about this trip.

Hemaigad guys, betapa tak boleh tidur aku sehari sebelum hari kejadian. Aku and Alyn perlu naik bas pukul 9 pagi dekat Terminal Larkin. Aku memang confirm gerak awal pagi tu, sadly aku yang dari pasir gudang nak ke JB masa tu jalan JEM! dekat area Tebrau. Shit gile rasa kepala otak masa tu. Tah sempat sampai ke tak and yes guys yes tak sempat sampai. That time already arrived dekat terminal pukul 8 pagi. I told Alyn untuk naik terus je bas tu, but dia taknak nak tunggu aku jugak. Mintak maaf sangat-sangat pada Nursyazlin, gara-gara aku lambat tak memasal kene beli tiket bas baru. Aku lambat 15 minit, and bas tak nak tunggu. Rezeki bang drebar, takpe sabar. 

That time terus beli tiket baru around 10am and yes dengan selamat dapat naik bas. We arrived dekat TBS around 1pm, Shafiq fetch us and taraaaaa the other guy, Kamal pun muncul sekali bersama beg-beg dia. Before kitaorang gerak ke Ipoh, kitaorang pi lunch dulu dekat Restaurant Gold Chili area SS15. The best butter milk dishes! Shafiq tak nak makan, mungkin masa tu dia dah makan dengan family dia sebelum dia fetch kitaorang. Aku order chicken, Alyn order calamari and Kamal order prawn. Fuuuiiihh sangat berlemak berkrim. Sangat-sangat suggest!


Dah kenyang? Let's hit the road guys! Finally off to Ipoh. That time dah nak pukul 5pm and around 8pm sampai lah bandar Ipoh, Perak. Sepanjang perjalanan dalam kereta, kalau korang lah agak-agak boleh get into each other tak walaupun baru kenal 3 jam lepas? Indeed aku dengan Alyn boleh. Roadtrip tak boleh ada situasi awkward, tidak sama sekali. Apa korang boleh buat kalau rasa sangat tegang? Tip 1: Sila menyanyi dan banyak kan gelak dan try built conversation. Sila cuba! Jangan buat dang kau. Nama pun roadtrip, masa ni lah kite boleh kenal each other. 


Sepajang perjalanan dari KL melalu highway lebuhraya utara selatan berkenaan menghala ke Ipoh, aku dapat rasa kan satu perasaan sangat bebas. Semua beban semua tertinggal and aku duduk dekat belakang dah start senyum sendiri pandang Alyn and start borak-borak dengan Shafiq and Kamal. Berlatar belakang kan lagu-lagu, how we call? My jam. Haha indeed guys, terima kasih sebab tak jadi manusia membosankan. Paling buat aku rasa sangat amazed adalah view senja area gua tempurung. The clouds, the sun, the mountain. Donno how to express the feeling. So beautiful. 

After 3 hours drive, aku dah nampak perkataan IPOH yang besaq dah rasa teruja. Diorang je boleh nampak macam mana jakun aku sepanjang roadtrip ni. Hehe. Benda pertama nak try dekat Ipoh semestinye cafe hipsturrr bernama Plan B dekat area Jalan Panglima, Ipoh. Takde lah rasa nak makan dessert sangat pun masa tu, but keterujaan nak face that cafe tu membuak-buak. 


Lagi aku suggest, both dessert ni memang sangat sedap. 
Flourless chocolate earl grey with ganache / Apple crumble tart with vanilla ice cream
After dah beria-ria acah-acah hipsturrr, we started walk around lot-lot kedai and tried search something interesting. Even dah malam dah gelap teruja aku tak habis lagi bila nampak some of paint mural. Aku tak tahu kitaorang menyayah sampai kemana jalan pastu dah start penat, patah balik cari kereta. We started discover bandar Ipoh, and we found GERBANG MALAM. Kalau dekat JB, kite panggil Bazaar Karat, dekat KL orang panggil Uptown. Haaa lebih kurang lah. Kitaorang just survey and beli lah fridge magnet tang tang ada tulis Ipoh. Yeee dekat rumah aku kumpul menatang tu.

Plan sebenarnye konon nak stay up dekat Ipoh and esok pepagi baru gerak ke Penang. But seems like takde apa lagi yang boleh di-discover sebab blah malam tak hidup sangat bandar depa ni. Yang aku boleh nampak tu jelah Gerbang Malam, Cafe-cafe hipsturrr and clubs. Hmmmm yelah tu jelah yang aku nampak. We decided tekan minyak terus heading to Georgetown, Penang. But stop dulu dekat R&R Ipoh North highway. Aku and Alyn wash up sebab muka dah start melekit habis dari pagi. Kamal and Shafiq dah start lapar agaknye, makan lah depa dekat situ. 



We started our journey lagi heading to Penang. Keterujaan aku dah start slow, badan dah segar mata aku dah start ngantuk. Kepala otak masih fikir nak join them menggila, tapi mata tak bagi. Aku rasa ada lah dalam 30 minit aku tidur, terbangun sebab highway jem, diorang dah start bukak tingkap, off aircond, off radio. Boleh rasa breeze malam tu, gosh sangat feeling and aku gagahkan diri tak tidur. Kejap je niat tu, tidur balik jugak but this time memang tak lama lah 15 minit aku tidur, terbangun terus dengar Kamal nyanyi lagu zaman 60's. Malam tu, semua dah feeling, aku suka tengok reaction masing masing, tengok perilaku diorang buat aku senyum and gelak sendiri. 

Aku dah boleh nampak bayang jambatan Pulau Pinang, wah mata dah segar habis daa time tu. Aku je syok sendiri, yee aku sorang je. Dah selamat melalui jambatan, we arrived at Georgetown. Mana nak pergi? Aku google tempat lepak area sini paling popular adalah Esplanade. Sampai je Esplanade, it's oceannn and ada beberapa food truck still hidup even jam dah menunjukkan pukul 2am. Kitaorang turun dari kereta and start jalan jalan and tak tahu kenapa hati menuju ke food truck yang ke-2 berkenaan. Kitaorang order rojak penang and duduk dekat tembok menghadap laut and jambatan pulau pinang. Pakcik food truck tu pun served kitaorang rojak and we started chat sikit lah. Dia tanya dari mana and he suggested beberapa tempat-tempat makan yang best dekat Penang. Aku jenis manusia suka layankan orang berborak. Even conversation tu sangat lame and melalut, my ears and my eyes takkan berganjak dari seseorang tu. 2 jam guys, 2 jam kitaorang duduk situ dengar pakcik tu cerite perihal kehidupan dia dari muda sampai laa ni. Aku tak rasa tengah bercuti, aku rasa macam tengah dengar motivation talk.Againaku cakap, lame mana pun aku still focus dengar dia membebel. Tapi masa tu aku dah boleh nampak Kamal, Shafiq and Alyn dah tak tentu arah. Finally, aku bagi alasan nak buang air. Hahaha that time baru lah dapat excuse yang kukuh and dengan cepat Shafiq terus tarik aku konon nye nak cari toilet. Start memasing membebel, naik kereta terus stress. Aku senyum lagi tengok perilaku memasing. 

We continue our journey heading to I donno where we heading to time tu. Tiba-tiba je sampai Pantai Batu Feringghi and waktu tu jam menunjukkan pukul 4am. We decided untuk tidur dalam kereta sementara tunggu sun rise. Around 6am Kamal and aku dah terjaga. Aku dah boleh nampak dekat luar dah terang sikit and aku terus turun dari kereta berjalan menghala ke pantai. Cannot explain macam mana expression that time. Tahu lagu Wildest Dream by Taylor Swift? Haaa macam tu lah rasa rhythm perasaan aku masa tu. Sangat peace sangat calm, even tak mandi dapat cecah kaki dalam air laut pun jadi lah sambil tunggu sun rise.





After semua dah habis musabah diri bersaksi kan laut, we decided untuk pi mandi and bersiap-siap dekat tempat mandi awam berdekatan pantai berkenaan. Senonoh sikit pagi tu aku tengok memasing. Then, Kamal terus start kereta menuju ke destinasi pertama kami di Penang iaitu, Penang National Park, Teluk Bahang. Yes ebelum start aktiviti pagi tu, kitaorang sarapan dulu dekat satu gerai makan berdekatan National Park tu jugak. It's gerai chinese but halal. We ordered dimsum with soup, sandwiches, fried dimsum, milo ais and hot grean tea. 



After breakfast, kitaorang sambung perjalan ke National Park. The admission fee is free of charge tapi pengunjung kene register untuk security check. Dekat National Park ni ada beberapa track yang kita boleh lalu and macam macam nature aktiviti korang boleh buat. Kitaorang pilih untuk jungle trekking dari National Park berkenaan ke Monkey Beach. Typical tourist memang amik masa dalam 3 jam untuk jungle trekking and unexpectedly we took dalam 1 jam lebih je. Kitaorang start pukul 10am jugak lah and tengok lah siapa yang lead kalau bukan aku. Hahaha sorry guys, keterujaan aku memang tak boleh slow down.



Biasa lah kan jalan sikit amik gambar, jalan sikit amik gambar. ROUTINE yee. Look at the scenery, the birds chirping, cantik sangat sangat. After sejam berjalan dalam hutan berteman kan laut di sebelah kanan sepanjang perjalanan, kitaorang jumpa sekumpulan monyet and they're so cute! Perasan dah berkata they will not apa-apakan orang yang lalu dekat situ just jangan kacau depa lah. 




Kami teruskan lagi perjalanan walaupun dah sesak nafas penat amat tapi memasing gagahkan jugak diri berjalan. Even aku pakai selipar guys, aku cerite dekat family pun diorang terkejut. Korang yang nak jungle trekking jangan pakai macam aku, kalau injured memang terburai habis lah. Aku sebab suka kan leisure, that's why aku pakai apa yang aku selesa. After 1 jam lebih berjalan taraaaaa sampai daaa Monkey Beach! 





Dah sampai Monkey beach, kene menanguk tunggu pakcik dengan bot untuk fetch kitaorang balik ke pangkalan National Park tadi. Oh yeaa lupa nak bagitahu, kite boleh naik bot balik semula dengan harga RM 40 se-bot, max 10 orang. so bagi kitaorang RM 10 sorang lah. Lagi benda aku jakun, naik bot. Sebab before this pernah ayah nak ajak naik bot tapi aku tak nak sebabaku mabuk laut teruk. Masa naik aku takut jugak kang tetengah jalan muntah ke apa, but tak. It's great, aku suka bot tu laju and dapat tengok around.







That time lepas sampai dekat National Park balik, memang ngam-ngam dah tengah hari and perut memang lapar habis. Aku terus ajak diorang lunch. Benda wajib kene try bila datang Penang, kene sangat sangat try makan Asam Laksa Penang. Paling popular Asam Laksa dekat Air Itam, Penang. Dia macam gerai dekat dengan pasar. Serius memang ramai sangat orang beratur, meja makan pun penuh. Rasa bertuah sangat dapat meja across the street, kedai minum tu collaborate dengan gerai asam laksa tu agaknye. Dah dapat tempat duduk, terus order ais jagung and tak lama lepas tu aunty tu pun served our asam laksa. Hemaigad, best, sedap sangat. We talk about a big bowl tau. Memang puas makan kenyang habih. 

Only RM 4 semangkuk.

After lunch, kitorang terus gerak ke Queensbay Mall. Tiba masa untuk teman Kamal cari barang dia. Rasa nye that time kitorang teman Kamal beli kasut and banyak just berlegar-legar. Oh well, after that kitorang naik kereta semula plan nak ke Protestant Cemetery, Georgetown. Dah berpusing kemain ikut GPS, aku ternampak bangunan-bangunan lama and ada lot-lot kedai yang colorful. Immediately aku suruh dtop the car. Aku terus turun dari kereta and menuju ke lot kedai berkenaan. YES kene amik gambar dekat kaki lima kedai-kedai ni. Last time aku research, this place memang famous lah. The building memang lain dari yang lain. Dia punye ke baba nyonya-an seems interesting. 



Itu je nak amik gambar je takde apa pun nak buat sebenarnye. Then kami teruskan jugak perjalanan ke Protestant Cemetery. That time dah nak pukul 5pm and langit dah nak gelap. Apa tujuan pergi sini? Oleh sebab minat photography membuak-buak. Kitaorang try snap beberapa gambar genre horror atau boleh dipanggil 'jahat'. 



Alyn sebagai model ghost/witch
Overall aku memang suka konsep ni. Lagi waktu tu langit dah nak start gelap. Aku puas hati lah photoshoot 1 jam ni. Then, kitaorang bergerak ke Gurney Drive Hawker Centre, Georgetown.
Yes, dinner kami disini. Wah kalau dah nak malam korang baru sebok nak datang sini, memang jangan ingat senang dapat parking lah. Famous sangat tempat ni and ramai sangat-sangat orang. Jam dah pun menunjukkan 7:44 pm dan apa kitaorang makan? Pasembor lah apa lagi. If dekat area selatan kita ada rojak asma, dia lebih kurang lah but kuah dia lah lain sikit. 


Lepas makan, teruskan langkah lagi cari hotel. Tak boleh lah tidur dalam kereta lagi, sakit belakang aku tau. That time memang gamble habis cari hotel area Georgetown tu jugak. Lepas try tanya kekesongan dan harga beberapa hotel, akhirnya we found hotel Burmathel area Georgetown yang yang affordable and bolehlah selesa untuk guling-guling tidur mandi tukar baju semua. That night after dah bersihkan diri, aku memang teringin sangat nak pegi Hard Rock Penang. Dah semangat sesiap dah sampai eh 21 tahun ke-atas je boleh masuk sebab that time ada what band performed. Aku tak ingat apa daa sebab dah sakit hati amat. How come aku sorang je tak cukup umur among them. Depa pujuk lah aku lepak dekat tempat lain. Haaa that time baru lah aku merasa drive pulak kereta Shafiq. Kesian jugak tengok diorang berdua je bergilir drive. Dah puas pusing satu Georgetown, last-last kitaorang nampak Starbucks. Dah terus decided lepak situ, aku dah malas drive, tekak pun dah haus badan dah penat. Start that time aku rasa kitorang jadi makin rapat. I remember masa tu, aku hacked insta Alyn and aku tak tahu kenapa lawak 'Mak kau hijau' kelakar sangat waktu tu. Start keluar memacam spekulasi kenapa mak kau hijau. I donno why it's so funny. Past midnight, kitorang balik semula ke hotel untuk rehat.

Check out my next post!




 










Comments